Friday, 22 May 2015

CARA MENGENAL MADU ASLI

CARA MENGENAL MADU ASLI




Ujian yang dicadangkan,  

  1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
  2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu). 
  5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).



Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik... 


Ujian yang dipertikaikan secara saintifik, 



  1. Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. 
  2. Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. 
  3. Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. 

1 comment:

  1. DAPATKAN MADU LEBAH ASLI DARI KELANTAN

    HUBUNGI KAMI

    HAZIQ
    011-17808010

    ZULHUSMI
    019-2162062

    COD:
    SELANGOR (SELAYANG, RAWANG, SERDANG, SHAH ALAM, PUTRAJAYA)
    KELANTAN (K.KRAI, MACHANG, P.CONDONG, K.BHARU)

    ReplyDelete